perodua kembara

perodua kembara
masuk hutan

Monday, June 20, 2016

Servis kenderaan anda tepat pada masanya

Salam pembaca yg dihormati...
agak lama tak update blog ni. maklumlah agak sibuk di bengkel...

sekadar nak berkongsi tentang servis kenderaan anda terutamanya perodua kembara.




penjagaan (servis) yang tepat pada masanya adalah kunci ketahanan kenderaan anda..
Biasanya workshop akan check sekali kenderaan anda.. apa yang dah tak berapa elok dan apa yang perlu diganti. ramai yang terlupa untuk servis kenderaan tepat pada masa..

Cadangan masa untuk servis kenderaan anda..

1. minyak enjin 5000km atau 3 bulan mana satu yang sampai dahulu.
untuk enjin perodua minyak 10/30 adalah yang biasa digunakan. jika ada leaking pada enjin gunakan gred 20/50.
2. minyak auto/atf sebaiknya gunakan atf perodua untuk model hc (lama) dan toyota untuk model dvvt (baru)
3. minyak center diffrential (sae90)
nota- untuk kembara auto. biasanya ada workshop terlepas pandang minyak diffrential ini. kerana terdapat 2 jenis minyak dalam satu gearbox yang bercantum
4. minyak diffrential depan (sae90)
5. minyak diffrential belakang (Axle belakang) sae90
--> ketiga-tiga minyak ini harus ditukar dalam lingkungan 20000km  (jika tak ada redah banjir atau lintas sungai) jika ada harus ditukar setiap kali redah air...
6. minyak power steering - sama dengan minyak auto seeloknya ditukar setahun sekali..

yang tak payah tukar cuma tinggal minyak gamat jer.. standby dalam keta bila pegi outing....

macam mana nak hubungi saya?

kejap..


on my mobile
+60192466958
-whatsapp available;

mail me.
kembara.specialist{at}gmail.com

facebook. fb chat.
rauna yelda diraf yet

instagram
@farid_adley
#yetzagarage #bawanglover

google search - kembara specialist

my address
YETZA GARAGE
No 35, Jalan TS6/2, 
Taman Industri Subang,
SUBANG JAYA, SELANGOR,
MALAYSIA.

p/s - kami bukan sekadar repair kembara saja.. lain-lain kenderaan juga dialukan!
insyallah kami selesaikan...




7 comments:

  1. Hi. Nak tanya kamu ada stok snorkel untuk kembara tak? Atau kamu ada apa2 contact. Terima kasih.

    Alfred
    Kuching, Sarawak

    ReplyDelete
  2. Bagus jugak update blog ni. X banyak blog ttg kembara ni kat Malaysia. Saya salah sorg peminat.

    Kuching, Sarawak

    ReplyDelete
  3. sy antara pemilik kembara auto 1st model thn 1998, tahniah yetza kerana pertahankan kembara

    ReplyDelete
  4. sy beli 2nd pd 2006 dan masih guna sampai skrg, sy ada byk nak tya, direct ke wasap ye bos

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa semua sahabat muslim dlm group ini,nak tanya sedikit, kalau kereta selalu off road, jln gravel,jalan kampung bukan exterm off road Nak redah jalan jalan batu sungai sj sebesar bola takraw, tenis, rugby, tapi tak nak kereta terlalu hentak, apa suspension yg sesuai untuk kembara?

    ReplyDelete