perodua kembara

perodua kembara
masuk hutan
Showing posts with label save minyak. Show all posts
Showing posts with label save minyak. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

perodua kembara convert to k3vet dvvt turbo tiptronic halfcut

ini bukan pertama kali convert k3vet.. tapi ni baru 1st time post pasal convert kembara ke k3vet.. huhu......

bermulalah sebuah kisah...
setelah proses pemilihan, testing (bukan test drive ya), dan pembayaran telah diselesaikan di kedai potong... halfcut pn dibawa balik... alhamdulillah selamat sampai ke workshop....

ni owner cuba2 buat test drive... (cool amy programmer)


ni kira bergaya lah katekan.. x sabo beb nak bawak kembara turbo~!!!
 so selepas semuanya selesai bermulalah proses menceraikan bahagian enjin lama yg dah x digunakan....
mmg semuanya dileraikan lah utk memberi laluan kepada nadi baru kereta ni.. ini termasuklah dengan dashboard dan segala petala barang yg ada kat dalam kete tu... (sila kosongkan kereta kalau nak wat yer..)

lepas tu proses nak mencantikkan bahagian dalaman ruang enjin.. (engine bay)
owner kereta ni telah memilih warna sparkling black utk hiasan ruang enjin.. yg ni pula dalam proses pembersihan dan preparation sebelum disembur dengan warna kemudiannya dilapis dengan lacquer.. kelas tau kami gunakan cat 2k.. x main spray ngan clear pakai tin jer.. nanti x tahann... jgn marah...

 
hasil selepas siap proses mengecat ruangan enjin.

selepas tu proses memasukkan enjin beserta sub frame bermula.. maaf x ada pic.. x sempat nak ambik....
bila enjin semua dah siap psg n running dengan baik.. wiring pun dah siap dikerjakan semula... kerja mencuci enjin pula mengambil tempat.....
so itu sampai sini sahajalah yg dapat dipertontonkan...
insyallah kalau ada masa saya update project2 lain...

sekadar info...
jika anda berminat utk convert perodua kembara anda dari std 1.3 hcej yg sgt kuat telan minyak ada beberapa pilihan...
antaranya
k3ve 1.3 (dvvt) 4wd
k3ve 1.3 (dvvt) 2wd - yg ni minyak save giler..
k3vet 1.3 (dvvt turbo) - pada yg suka power.. gear pun tiptronic...

*kebanyakkan semua model diatas didatangkan dalam versi auto sahaja....

boleh call utk info 019-2466958-yet

Monday, October 11, 2010

selesaikan masalah perodua kembara kuat minyak...

Kembara - biasanya org akan kata 'kuat makan minyaklah!' 'takde power lah!' dan mcm-mcm masalah lain yg berkaitan.... pada pendapat sy x dinafikan mmg perodua kembara model hcej ni mmg kuat sikit FC dier... tapi xde la sampai rm30 utk 100km perjalanan... (pemanduan berhemat hehe) .. tu dah kira teruk sangat...
biasanya pengguna x berapa perasan yg ada masalah dengan kenderan mereka.... sebab kereta masih boleh jalan.. masih teguh diatas jalan raya... disini sy senaraikan antara masalah dan punca penyebab kenapa FC perodua kembara ni boleh jadi sangat tinggi...

- fan clutch yg dah kong/rosak. - selalunya ini jadi punca utama..
  - fungsi kipas ini utk penyejukkan radiator.. kipas ini sepatutnya berpusing perlahan apabila suhu enjin belum    
    mencapai tahap yg sepatutnya (cukup panas) dan akan berpusing lebih laju apabila suhu enjin mencapai  tahap yg sepatutnya..  tapi bila dah rosak fan clutch ni akan jem... dan menyebabkan putaran kipas jadi laju
    sepanjang masa..  yg juga memberi lebih bebanan kepada enjin langsung FC kenderaan anda pun jadi x    jimat.
  -satu cara utk pastikan adakah kerosakan ini berlaku terhadap kenderaan anda.. start enjin pagi2.. rev up sket n dengar ada bunyi mengaum yg x patut ada pada enjin tersbut x..ada yg kata 'enjin dah lebih 10 tahun mmg mcm tu'....
   -penyelesaian
a. tukar baru clutch fan anda. kos lebih kurang rm160 (+-)
b. tukar kepada electrical fan system - dalam masa yg sama hilangkan semua beban pada enjin anda..        
    (5-10% save @ fuel) kos dalam lingkungan rm400 (+-)

faktor-faktor lain..
-enjin yg dah lusuh (dah terlalu lama berkhidmad) perlu overhaul - tapi saya cadangkan tukar ke enjin 1.5/1.6.. ini lebih baik dari segi FC yg sangat save.. trust me..kos dalam lingkungan 3k
-full-time 4wd.. pacuan empat road sepenuh masa - yang tidak sepatutnya digunakan utk pemanduan bandar/town drive... boleh diubahsuai ke pacuan 2 roda belakang..(save 10% @ fuel) kos dalam lingkungan rm180. perodua kembara 2wd conversion.
-auto/manual gearbox yg dah slip..
-MAP sensor
-TPS - throttle position sensor
....

*FC - fuel consumption.

sebarang pertanyaan email sy di
kembara.specialist(at)gmail.com

tq, yetza garage. - perodua kembara